Faham ke maksud ayat di atas? Ha ha ha.. mari-mari-mari kita berkenalan dengan Bahasa Negeri Che Siti Wan Kembang. Kelantan Darul Naim.
Rakyat Kelantan memang mudah kita kenali kerana loghatnya tetapi faham tak kita dengan apa yang mereka cakapkan? Contohnye ayat diatas "Kecek Molek Gak, Aku Te Mu Ke" maksudnya "Cakap betul-betul la, aku belasah kang". Maafla kerana terjemahan dalam bahasa pasar je kerana saya tak pasti la susunan ayat jika nak di terjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Hehehe..
Ramai orang anti dengan rakyat Kelantan ni kerana mengikut apa yang pernah saya dengar, kononnya rakyat Kelantan ni cuma baik dengan kita waktu mereka takde kawan je. Betul ke bila mereka jumpa kawan satu negeri mereka,mereka akan tinggalkan kita? Saya rasa andaian ini salah. Bagi saya, mungkin kerana kita tidak dapat faham, apatah lagi berinteraksi dengan mereka (menggunakan loghat Kelantan) pada waktu itu, sebab itu lah andaian ini timbul. Untuk pengetahuan anda, rakyat Kelantan ini merupakan salah satu rakyat yang tidak malu untuk bertutur dalam loghatnya, jadi bila mereka berjumpa sesama mereka pasti akan terngangalah mulut orang yang tidak faham akan loghat Kelantan ini. hehheheh..
Ok, di bawah saya senaraikan sedikit sebanyak dari perkataan yang terdapat dalam loghat Kelantan ni. Moga-moga lepas ni boleh la kita faham sikit-sikit apa yang rakyat Kelantan tuturkan.hehehhe
1) Gedebe demo ni! - Samsengnye awak ni!
2) Demo lo ni dok supo mulo ! - Awak kini sudah berubah!
3) Dugha aku ! - Geramnya aku.
4) Wak gapo tu? - Buat apa tu?
5) Bilo demo sapa? Tok kaba hambo. - Bila awak sampai? Saya tak sedar la.
6) Comel lote - Cantik sangat.
7) Tapa - Tampar
8) Yolo demo - Ye la tu @ Macam betul je.
9) Ambo @ Kawe - Saya
10) Nakoh - Tingkap
11) Kecek - cakap
12) Ghoyak - Beritahu
Hahaha..sampai di sini saja. Moga-moga lepas ni bolehla cakap ataupun faham loghat Kelantan ye. Banyak lagi perkataannya, saya senaraikan sikit je. Kalau berminat cari sendiri ok.. hehehehe...
09 October 2008
07 October 2008
Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan
- Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
- Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
- Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
- Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
- Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
- Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
- Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
PANDUAN KEPADA LELAKI-TANDA - Tanda-tanda Wanita Tergoda
"Dia Tidak Senang Duduk"
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.
"Tunjuk Minat"
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.
"Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya"
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.
"Dia Men'jual' Dirinya"
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.
"Bersikap Terbuka"
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!
"Membayangi Anda"
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.
"Anda Diajak Ke Tempat Lain... "
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya."

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Subscribe to:
Posts (Atom)