Faham ke maksud ayat di atas? Ha ha ha.. mari-mari-mari kita berkenalan dengan Bahasa Negeri Che Siti Wan Kembang. Kelantan Darul Naim.
Rakyat Kelantan memang mudah kita kenali kerana loghatnya tetapi faham tak kita dengan apa yang mereka cakapkan? Contohnye ayat diatas "Kecek Molek Gak, Aku Te Mu Ke" maksudnya "Cakap betul-betul la, aku belasah kang". Maafla kerana terjemahan dalam bahasa pasar je kerana saya tak pasti la susunan ayat jika nak di terjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Hehehe..
Ramai orang anti dengan rakyat Kelantan ni kerana mengikut apa yang pernah saya dengar, kononnya rakyat Kelantan ni cuma baik dengan kita waktu mereka takde kawan je. Betul ke bila mereka jumpa kawan satu negeri mereka,mereka akan tinggalkan kita? Saya rasa andaian ini salah. Bagi saya, mungkin kerana kita tidak dapat faham, apatah lagi berinteraksi dengan mereka (menggunakan loghat Kelantan) pada waktu itu, sebab itu lah andaian ini timbul. Untuk pengetahuan anda, rakyat Kelantan ini merupakan salah satu rakyat yang tidak malu untuk bertutur dalam loghatnya, jadi bila mereka berjumpa sesama mereka pasti akan terngangalah mulut orang yang tidak faham akan loghat Kelantan ini. hehheheh..
Ok, di bawah saya senaraikan sedikit sebanyak dari perkataan yang terdapat dalam loghat Kelantan ni. Moga-moga lepas ni boleh la kita faham sikit-sikit apa yang rakyat Kelantan tuturkan.hehehhe
1) Gedebe demo ni! - Samsengnye awak ni!
2) Demo lo ni dok supo mulo ! - Awak kini sudah berubah!
3) Dugha aku ! - Geramnya aku.
4) Wak gapo tu? - Buat apa tu?
5) Bilo demo sapa? Tok kaba hambo. - Bila awak sampai? Saya tak sedar la.
6) Comel lote - Cantik sangat.
7) Tapa - Tampar
8) Yolo demo - Ye la tu @ Macam betul je.
9) Ambo @ Kawe - Saya
10) Nakoh - Tingkap
11) Kecek - cakap
12) Ghoyak - Beritahu
Hahaha..sampai di sini saja. Moga-moga lepas ni bolehla cakap ataupun faham loghat Kelantan ye. Banyak lagi perkataannya, saya senaraikan sikit je. Kalau berminat cari sendiri ok.. hehehehe...
No comments:
Post a Comment